ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Bagi melahirkan penggiat seni dan penari bermutu, khidmat jurulatih tari dan guru-guru terlatih disediakan melalui program Lestari Seni Budaya Negeri Johor.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar, khidmat kejurulatihan ini bertujuan melahirkan modal insan dan pelapis seni serta budaya kedaerahan seperti Mersing.
“Di Mersing, terdapat beberapa versi zapin seperti seperti Zapin Tenglu dan Zapin Pulau yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Tidak hanya zapin, Mersing yang kaya dengan seni pertahankan diri seperti Buah Pukul Mersing juga mempunya tarikan tersendiri” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Terdahulu, Khuzzan (Semerah-PH) menjawab soalan Alawiyah Talib (Endau-PH) mengenai saluran peruntukan kepada pemain seni daerah Mersing dalam melawat TMJ2020.
“Khidmat latihan ini bukan saja melahirkan penari, malahan permintaan terhadap busana tradisional juga akan meningkat.
“Dalam menuju Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ2020), banyak kesenian daerah Mersing yang akan diketengahkan seperti Buah Pukul Mersing dan Zapin Pulau,” katanya
Johorkini