BM | EN | 中文

LESTARI ALAM SEKITAR ANTARA INTIPATI BELANJAWAN JOHOR 2020

Belanjawan-2020-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 NOV: Usaha kerajaan negeri memelihara dan memulihara alam sekitar bakal menjadi keutamaan dalam pembentangan Belanjawan Johor 2020 Khamis ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, intipati tersebut membuktikan keseriusan kerajaan negeri dalam usaha melestarikan khazanah alam untuk warisan akan datang.

“Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang sangat bernilai dan amat penting kepada kehidupan di muka bumi ini. Kerajaan negeri Johor menjadikan alam sekitar sebagai salah satu agenda utama dalam pengisian pembangunan di negeri ini.

Advertisement

“Ini kerana kerajaan negeri percaya pembangunan dan kemajuan di Johor tidak seharusnya mengesampingkan alam sekitar.

“Untuk itu, beberapa inisiatif dan insentif akan diumumkan oleh saya bagi melestarikan alam sekitar Johor,” kata Sahruddin dalam kiriman di laman facebook beliau semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pelaburan dalam bidang pendidikan demi masa depan anak bangsa Johor.

Advertisement

“Untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri berprestasi tinggi, kerajaan Johor melihat wujudnya keperluan yang kritikal bagi membangunkan rakyat dan sumber modal insannya secara holistik.

“Ketersediaan rakyat dan modal insan Johor yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi mampu untuk memacu pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri Johor juga sedar akan tanggungjawab untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat termasuklah golongan belia dalam pelbagai sektor,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, maka, dalam Belanjawan Johor 2020, kerajaan negeri telah menyediakan inisiatif dan insentif bagi memperkasa pendidikan serta peluang pekerjaan bagi rakyat negeri ini.

“Ikuti pembentangan Belanjawan Johor 2020 oleh saya pada Khamis ini 21 November 2019,” kata Sahruddin lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top