BM | EN | 中文

Lencongan di Jalan Kebun Teh sehingga Jun 2020

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan berkenaan lencongan jalan di Jalan Kebun Teh, di sini sehingga Jun akan datang.

Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, lencongan itu dibuat bermula 7 Januari lalu.

“Lencongan jalan berkenaan bagi memberi laluan kepada pembinaan jambatan baharu Projek Landasan Keretapi Berkembar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Advertisement

“Projek itu telah dimulakan sejak 7 Januari lalu dan dijangka siap menjelang Jun tahun ini,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, sehubungan itu orang ramai dinasihati untuk berhati-hati ketika
menggunakan jalan tersebut serta mematuhi arahan papan tanda lalulintas yang
disediakan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top