BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor tanggung kos ubat mualaf dijangkiti Covid-19

LZS-Lembaga-Zakat-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 19 OGOS: Seorang mualaf yang juga asnaf fakir yang dijangkiti Covid-19 disantuni Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan menanggung kos ubat yang diperlukan untuk merawatnya.

Agensi itu dilaporkan SelangorKini memaklumkan, lelaki terbabit yang kini dirawat di Hospital Serdang memerlukan ubat tersebut bagi mencegah pembekuan darah akibat kepekatan yang melampau dan merawat trombosis urat dalam.

“Tindakan pantas diambil dengan kaedah mencari ubat tersebut di kedai farmasi swasta. Keluarga beliau yang bukan beragama Islam juga membantu dalam mencari ubat ini.

Advertisement

“Alhamdulillah akhirnya ubat tersebut berjaya diperolehi walaupun harganya agak mahal dan ubat terus dihantarkan ke hospital untuk kegunaannya,” menurut kenyataan agensi itu.

LZS menjelaskan Skuad Saidina Umar (SSU) terpaksa mendapatkan ubat khas jenis “rivaroxaban” di farmasi luar kerana farmasi hospital kehabisan stok.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top