BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor sumbang RM3.74 juta bantu 18 hospital urus pesakit B40

LZS-sumbang-RM3.74-juta-bantu-18-hospital-urus-pesakit-B40.jpg

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan LZS bernilai RM3.74 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 9 November 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 15 NOV: Sebanyak 18 hospital dan institusi perubatan sekitar Selangor serta Kuala Lumpur menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia.

Sumbangan berjumlah RM3.74 juta diagihkan secara berfasa mulai Jun dengan setiap pusat perubatan menerima antara RM40,000 hingga RM300,000, kata ketua pegawai eksekutifnya, Saipolyazan M Yusop.

“Bantuan dalam bentuk geran disasar kepada pesakit beragama Islam yang kurang mampu (B40) dan memerlukan kos biaya hospital terutama dalam situasi pandemik Covid-19,” kata Saipolyazan, lapor SelangorKini.

Advertisement

Pusat perubatan yang menerima bantuan termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Sungai Buloh.

Turut menerima sumbangan ialah Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Hospital Canselor Tuanku Muhriz serta Institut Kanser Negara.

Selasa lalu, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyerahkan sumbangan kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Selangor Dr Faizal Mat Ariffin di Istana Bukit Kayangan dekat sini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top