BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor serah sumbangan makanan asas, bantu petugas kesihatan Klang

Lembaga-Zakat-Selangor-LZS.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 23 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbangkan makanan asas kepada barisan hadapan Pejabat Kesihatan Klang yang terlibat membendung penularan Covid-19.

Ketua Divisyen Operasi Agihan LZS berkata bantuan bernilai RM10,000 bagi meringankan mereka yang tidak sempat membeli barangan keperluan kerana kesibukan tugas.

“Ada terpaksa bekerja 24 jam dan balik malam hingga tidak dapat membeli barang. Atas rasa prihatin, kita salurkan makanan asas.

Advertisement

“Kita memahami tugas berat dilalui mereka dalam merawat pesakit kes Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini,” kata Abdul Basith Hamid lapor Media Selangor.

Beliau juga menerima permohonan sama daripada pejabat kesihatan lain dan sumbangan dijangka disalur dalam masa terdekat.

“Kita berterima kasih kepada pembayar zakat dan rakan LZS atas sumbangan mereka. Kami sebagai pemegang amanah menjalankan tugas menyalurkannya kepada golongan memerlukan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top