BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor salur RM1 juta kepada institusi perubatan tangani Covid-19

LZS-salur-RM1-juta-kepada-institusi-perubatan-tangani-Covid-19.jpg

Ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor Saipolyazan M Yusop menyerahkan sumbangan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman di Hospital Serdang (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 20 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan RM1 juta kepada institusi perubatan awam serta petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani pandemik Covid-19.

Ketua pegawai eksekutif Saipolyazan M Yusop berkata RM800,000 daripadanya diperuntukkan kepada 12 hospital bagi membeli katil, tilam, alat bantuan pernafasan, kerusi roda dan tong oksigen.

“Ini sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kami kepada pihak hospital dalam menangani penularan wabak. Setiap hospital menerima sumbangan antara RM30,000 hingga RM100,000 bergantung kepada keperluan.

Advertisement

“Bantuan menggunakan dana pengurusan operasi amil ini merupakan satu daripada 19 inisiatif Zakat Selangor Peduli,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman di Hospital Serdang.

Agihan sumbangan RM100,000 (Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang,Hospital Ampang); RM90,000 (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Serdang); RM80,000 (Hospital Universiti Teknologi Mara); RM50,000 (Hospital Shah Alam, Hospital Banting, Hospital Kajang); RM30,000 (Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Tanjong Karang, Hospital Sabak Bernam).

Advertisement

Saipolyazan berkata baki peruntukan inisiatif diserahkan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) Maeps, Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Melawati, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Bestari Jaya dan PPV Dewan Sivik MBPJ, petugas barisan hadapan serta orang awam.

Pada 2 Julai, LZS mengumumkan agihan zakat sebanyak RM69.3 juta bagi menjayakan 19 inisiatif menerusi Zakat Selangor Peduli yang bertujuan membantu golongan terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif secara berperingkat sehingga Disember tahun ini dijangka memberi manfaat kepada 59,322 penerima dan 431 institusi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top