BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor salur lebih RM600,000 kepada mangsa banjir Hulu Langat

LZS.png

Ketua Divisyen Operasi Agihan LZS, Abdul Basith Hamid menyampaikan replika cek bantuan bencana banjir kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Najmuddin Jemain. 24 Disember 2020 (Gambar Ehsan LZS)

Advertisement

SHAH ALAM, 26 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan bencana sebanyak RM626,400 kepada mangsa banjir Hulu Langat, 24 Disember lalu.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan seramai 2,088 mangsa terjejas dalam kejadian tersebut yang berlaku pada 18 Julai dan 4 November lalu.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Terima kasih juga kepada semua pembayar zakat.

Advertisement

“Zakat yang anda tunaikan, telah meringankan beban yang mereka tanggung,” kata LZS, lapor SelangorKini.

Pada majlis itu, Ketua Divisyen Operasi Agihan, Abdul Basith Hamid menyampaikan replika cek kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Najmuddin Jemain.

Pada 4 November lalu, lebih 500 rumah di Hulu Langat dilanda banjir susulan hujan lebat hampir lima jam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top