BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor peruntuk RM6 juta sedia tablet, data kepada 7,000 pelajar asnaf

LZS-peruntuk-RM6-juta-sedia-tablet-dan-data-kepada-7000-pelajar-asnaf.jpg

Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan tablet dilengkapi data internet sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada pelajar dari keluarga asnaf di Istana Bukit Kayangan pada 5 Oktober 2021 (Gambar Ehsan FB LZS)

Advertisement

SHAH ALAM, 6 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM6 juta bagi menyumbangkan tablet dilengkapi data internet kepada 7,000 pelajar dari keluarga asnaf.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop berkata penerima dipilih melalui semakan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi mengenal pasti pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.

Menurutnya, bantuan di bawah Zakat Selangor Peduli (ZSP) itu bagi meringankan beban keluarga asnaf dan memudahkan pembelajaran secara dalam talian.

Advertisement

“Setiap pelajar bukan sahaja menerima tablet malah data internet RM30 sebulan yang pembayarannya dikreditkan ke akaun ketua keluarga asnaf atau baucar tunai.

“Pada masa ini, proses penghantaran tablet ini telah dilaksanakan pembekal bermula akhir September ke alamat rumah pelajar asnaf,” katanya, apor SelangorKini.

Simbolik penyerahan sumbangan itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Bukit Kayangan di sini semalam.

Advertisement

Pada 2 Julai lalu, LZS mengumumkan peruntukan RM69.3 juta di bawah ZSP itu kepada kepada asnaf dan golongan B40 terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 19 inisiatif disediakan di bawah ZSP yang memanfaatkan 59,322 penerima dan 431 institusi di Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top