BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor peruntuk lebih RM40 juta bantu asnaf ketika PKPB

Lembaga-Zakat-Selangor-LZS.png
Advertisement

SHAH ALAM, 12 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM43.31 juta membantu asnaf sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh 8 Oktober hingga 18 November lalu.

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan bantuan kewangan dan makanan, perubatan, dialisis, sewa rumah dan keperluan hidup.

“Bantuan kewangan serta makanan paling tinggi sebanyak RM28.7 juta dan ia diagihkan kepada 35,960 asnaf fakir miskin dan mualaf.

Advertisement

“LZS turut mengeluarkan dana RM7 juta bagi membantu 13,752 keluarga asnaf membayarkan sewa rumah,” menurut kenyataan badan itu di laman Facebook rasminya hari ini.

Pada Mac lalu, LZS menyalurkan bantuan khas zakat Covid-19 sebanyak RM500 seorang kepada 9,000 penerima dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Di samping itu sumbangan maksimum sehingga jumlah sama kepada 20,000 turut diberikan kepada penerima yang terdiri penjaja dan peniaga kecil serta keluarga golongan B40.

Advertisement

LZS turut mengagihkan bantuan khas berjumlah RM1 juta kepada hospital kerajaan dan pusat kesihatan daerah, petugas barisan hadapan dan pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top