BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor (LZS) tawar lebih 500 peluang kerja kepada asnaf

Lembaga-Zakat-Selangor-kerjaya-asnaf.png
Advertisement

SHAH ALAM, 3 APR: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan kepada golongan asnaf negeri ini melalui penganjuran Karnival Penjana Kerjaya.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook berkata program bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berlangsung pada 5 dan 6 April mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Daftar segera di https://bit.ly/LZS2021. Ajak dan sebarkan kepada kenalan asnaf untuk hadir,” maklum LZS.

Advertisement

Agensi itu dilaporkan SelangorKini memaklumkan, setiap calon perlu melayari portal www.myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lanjut berhubung kekosongan dan permohonan jawatan.

LZS dan Perkeso kini dalam persiapan akhir bagi melancarkan program temu duga secara fizikal yang akan berlangsung kelak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-6348385 (Helmy), 016-5003092 (Zaim), 019-2945266 (Isma), 019-2969846 (Hassan) dan 019-3720019 (Iqbal).

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top