BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor hulur bantuan kepada Man Kidal

man-kidal.png
Advertisement

SHAH ALAM, 26 JUL: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah keadaan dilalui gitaris tanah air Man Kidal yang bukan sahaja positif Covid-19 namun turut berdepan kesempitan hidup sehingga terpaksa kibar bendera putih.

Simpati nasib dihadapi ahli kumpulan Lefthanded itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil menghulurkan bantuan kepada Abdul Rahman Mahmood serta mendaftarkan beliau sebagai asnaf sehingga pendapatannya kembali stabil.

Sementara itu LZS dalam kenyataan memaklumkan Man Kidal telah kehilangan sumber pendapatan hampir dua tahun akibat pandemik sehingga terpaksa menjual barangan peribadi.

Advertisement

“Alhamdulillah, kami akan bantu beliau dan keluarga dari segi kewangan bulanan, sewa rumah dan tunggakan bil utiliti.

“Insya-Allah semoga dengan bantuan ini, Man Kidal dan keluarga dapat teruskan semangat untuk berjuang dalam keadaan mencabar ini,” kata agensi itu, lapor SelangorKini.

Pada masa sama, LZS berterima kasih kepada pembayar zakat yang dapat membantu meringankan beban masyarakat memerlukan terutama ketika pandemik ini.

Advertisement

Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood; berasal dari Skudai, Johor Bahru adalah pemuzik dan instrumentalis terkenal di Malaysia.

Gelaran Kidal diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri dan mula bergiat aktif dalam bidang muzik sejak tahun 1979 dan merupakan anggota penting kumpulan The Lefthanded

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top