BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor bina rumah baharu, bantu balu anak lima

385-keluarga-B40-terima-bantuan-fidyah.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 12 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu membina rumah baharu untuk balu lima anak yang mana empat daripadanya adalah pelajar tahfiz.

Agensi berkata Arlyiza Ramli yang sebelum ini tinggal di Kuala Selangor hanya menjana pendapatan dengan mengambil upah mengasuh kanak-kanak.

“Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke rumahnya menyebabkan beliau hilang punca pendapatan.

Advertisement

“Pihak zakat juga mengambil inisiatif membantu beliau dari segi kewangan dan makanan bulanan, yuran serta keperluan sekolah bagi meringankan bebannya,” kata LZS, lapor SelangorKini.

Tambahnya, kesemua sumbangan adalah hasil caruman zakat orang ramai.

“Semoga Allah memberkati harta dan kehidupan para pengeluar zakat dan asnaf di negeri Selangor,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top