BM | EN | 中文

Lembaga Zakat Selangor agih pek makanan kepada pelajar Politeknik Shah Alam

LZSagih-pek-makanan-kepada-pelajar-Politeknik-Shah-Alam.png
Advertisement

SHAH ALAM, 28 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan pek makanan kepada 556 pelajar Politeknik Shah Alam yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnafnya Abdul Basith Hamid berkata bantuan khas Covid-19 bernilai lebih RM50,000 bagi meringankan beban pelajar terutama dari keluarga berpendapatan rendah.

Menurut beliau lebih 500 pelajar yang terkandas ini tidak dapat pulang ke rumah masing-masing atas pelbagai sebab dan mereka tinggal di asrama serta kawasan sekitar.

Advertisement

“Pendapatan keluarga mereka rendah, jadi mereka kekurangan bekalan. Justeru, LZS mengambil insiatif menyumbangkan pek makanan mentah dan pelajar ini akan masak sendiri,” katanya, lapor SelangorKini.

Kenyataan tersebut semalam disiarkan menerusi video di laman Facebook LZS.

Abdul Basith turut meminta orang ramai melaksana tanggungjawab membayar zakat bagi membantu golongan memerlukan yang semakin bertambah di Selangor.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah Politeknik Shah Alam Dr Mohd Zahari Ismail berterima kasih kepada LZS atas kesudian mengagihkan bekalan makanan kepada pelajarnya.

“Kami sangat bersyukur kerana bantuan ini membolehkan pelajar menyara kehidupan untuk tempoh lebih sebulan di samping meneruskan pengajian kerana sekarang musim peperiksaan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top