BM | EN | 中文

Lembaga Urus Air Selangor tubuh ‘Friends of River’ pupuk kesedaran cintai sungai

Lembaga-Urus-Air-Selangor-Friends-of-River.png
Advertisement

SHAH ALAM, 25 NOV: Pewujudan kumpulan Friends of River (FoR) membuktikan komitmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memupuk kesedaran dan rasa cinta masyarakat terhadap sungai di negeri ini.

Pemangku pengarahnya yang juga ketua penolong pengarah bahagian pengurusan lembangan sungai dan pantai, Haslina Amer berkata inisiatif itu bukan sahaja melindungi sungai daripada tercemar malah memanfaatkan komuniti setempat.

“Pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) dikumpulkan di bawah FoR dengan masing-masing menggerakkan usaha sendiri melalui aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sungai.

Advertisement

“Kita percaya komuniti sungai akan mendapat manfaat kerana kawasan sungai itu boleh digunakan untuk beriadah dan melakukan aktiviti bersama keluarga,” kata Haslina Amer.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Pencemaran Air: Siapa Buat Onar? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor Isnin lalu.

Pada masa sama katanya, semua pihak bersama-sama menjaga kebersihan sumber air mentah demi kepentingan generasi akan datang.

Advertisement

“Tanggungjawab memelihara sungai bukan semata-mata terletak di bahu kerajaan mahupun agensi tetapi memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

Pada 25 Januari 2019, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan pewujudan Jawatankuasa Pelaksana Pemuliharaan Sungai-Sungai di Selangor yang dipengerusikan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan Luas sebagai urusetia.

Salah satu inisiatif pemuliharaan sungai yang diperkenalkan melalui jawatankuasa ini adalah pewujudan FoR di setiap sungai negeri ini.

Advertisement

Sehingga kini, sebanyak 40 FoR ditubuhkan di 40 anak sungai yang menjadi ‘mata’ Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasan persekitaran sungai bersih.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top