BM | EN | 中文

Lembaga Urus Air Selangor berjaya tangani 18 insiden pencemaran sungai sejak Januari

LUAS.jpg

Gambar Ehsan FB Lembaga Urus Air Selangor

Advertisement

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebanyak 18 insiden pencemaran sungai berjaya ditangani segera bagi mengelak henti tugas loji rawatan air (LRA) sejak awal tahun 2021 sehingga Isnin lalu.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kenyataan berkata sehingga kini juga tiada kes pencemaran direkodkan dalam tempoh tersebut.

“LUAS sentiasa menggerakkan Skuad Pantas untuk melaksanakan operasi pemantauan 24 jam di kawasan sensitif sumber air iaitu di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Advertisement

“Tindakan ini bagi mencegah daripada berlakunya pencemaran sumber air dan meminimumkan risiko henti tugas LRA disamping memastikan kelangsungan sumber air di negeri ini sentiasa terpelihara,” katanya, lapor SelangorKini.

LUAS turut menyeru orang awam membuat aduan berhubung aktiviti mencurigakan sehingga menyebabkan pencemaran sumber air dengan menghubungi talian WhatsApp 019-264 7904 atau e-mel aduan@luas.gov.my.

Berdasarkan rekod sepanjang tahun lalu, LUAS berjaya menangani 19 daripada 29 kes pencemaran air. Bagaimanapun, baki 10 kes menyebabkan henti tugas LRA sehingga menjejaskan bekalan air kepada pengguna.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top