BM | EN | 中文

Lembaga Urus Air Selangor berjaya halang 24 insiden pencemaran air setakat Mei

Lembaga-Urus-Air-Selangor-LUAS.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 14 MEI: Sebanyak 24 insiden pencemaran sungai berjaya dihalang daripada berlakunya henti tugas loji rawatan air (LRA) setakat 11 Mei.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata pihaknya sentiasa komited memastikan kelangsungan sumber air dan menyeru penduduk prihatin terhadap kawasan sensitif sumber air negeri terutamanya sungai.

“Merujuk Seksyen 104(4), Enakmen LUAS 1999 (Pindaan 2020), agensi boleh memberi apa-apa ganjaran kepada mana-mana orang bagi pemberian maklumat berkenaan pengesanan apa-apa kesalahan.

Advertisement

“Ganjaran adalah tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditentukan oleh LUAS. Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air adalah tanggungjawab bersama,” katanya, lapor SelangorKini.

Mereka yang ingin melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang akan menyebabkan pencemaran sumber air boleh hubungi talian WhatsApp 019-264 7904 atau e-mel aduan@luas.gov.my.

Pada 30 Mac, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata LUAS berjaya menangani sembilan kes pencemaran sekali gus mengelak henti tugas LRA sejak Januari hingga 22 Mac.

Advertisement

Sepanjang tahun lalu, LUAS berjaya menangani 19 daripada 29 kes pencemaran air. Bagaimanapun, baki 10 kes menyebabkan henti tugas LRA sehingga menjejaskan bekalan air kepada pengguna.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top