BM | EN | 中文

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR, INSTITUT NONG CHIK DIIKTIRAF BANGUNAN MESRA ALAM 

IMG-20191011-WA0009.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Institut Nong Chik di kawasan Iskandar Malaysia diiktiraf sebagai Bangunan Hijau selepas dinilai menepati ciri-ciri bangunan mesra alam sekitar.

Pengiktirafan terhadap bangunan komuniti dan pejabat kerajaan itu berdasarkan Penilaian Komprehensif Kecekapan Alam Sekitar Binaan (CASBEE).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, kolaborasi adalah penting dengan penekanan kepada inisiatif hijau seperti penilaiaan yang dilakukan ini.

Advertisement

“Penyempurnaan projek baru CASBEE oleh Iskandar Malaysia menunjukkan kejayaan pemindahan teknologi dan pengetahuan dari Jepun ke Johor.

“Oleh itu, inisiatif ini disenaraikan sebagai salah satu keutamaan yang akan dilaksanakan di bawah Majlis Rendah Karbon Johor (JLCC),” katanya dalam majlis perasmian modul latihan CASBEE Iskandar di sini, baru-baru ini.

CASBEE, satu usaha yang bermula di Jepun berasaskan konsep keberkesanan alam sekitar atau kecekapan eko dari segi persekitaran binaan yang efisen.

Advertisement

Ia mengambilkira tahap kualiti persekitaran sesuatu binaan dan beban alam sekitar di luar persekitaran itu, dimana penilaian berdasarkan pengeluaran karbon dari sesebuah bangunan.

Tan Chen Choon ketika memberikan ucapan di majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata pengiktirafan itu menunjukkan usaha penerapan masyarakat rendah karbon oleh Iskandar Malaysia telah berjaya.

Katanya bangunan institut Nong Chik dan pejabat LPJ mendapat markah yang tinggi dalam penilaian tersebut berbanding bangunan hijau lain di Malaysia.

Advertisement

“Ciri-ciri mesra alam sekitar terdapat di kedua-dua bangunan tersebut,”Ini meningkatkan keyakinan pelabur dan pemaju bahawa Iskandar Malaysia adalah tempat untuk membangun dan menjalankan perniagaan kerana banyak usaha mengurus dan melindungi alam sekitar dilakukan, kata Ismail.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top