BM | EN | 中文

Lelaki warga tempatan, wanita Indonesia ditahan disyaki miliki dadah

tangkapan-dadah-update.jpg

. Lelaki dan wanita yang ditahan di Jalan Zamrud 1, Pusat Perdagangan Kukup, Pontian, malam kelmarin

Advertisement

PONTIAN, 3 JAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Kukup berjaya menahan seorang lelaki dan wanita yang disyaki memiliki dadah di Jalan Zamrud 1, Pusat Perdagangan Kukup, Pontian, malam kelmarin.

Komander PPM Wilayah Dua, Mohamad Rahman Mohamad berkata, lelaki warga tempatan itu berumur 31 tahun manakala wanita berkenaan merupakan warga Indonesia berumur 27 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek tersebut telah menjumpai satu paket lutsinar dipercayai berisi dadah jenis heroin dianggarkan 1.74 gram.

Advertisement

“Penggeledahan dalam bilik tersebut menemui satu kotak pensil dan di dalam kotak tersebut terdapat satu set peralatan botol menghisap syabu dan gulungan kertas timah dengan bekas terbakar yang baru digunakan untuk menghisap heroin,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tangkapan dan barang-barang rampasan dibawa ke cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top