BM | EN | 中文

Lelaki tikam diri sendiri di Muar ada masalah mental

Lelaki-tikam-diri-sendiri-di-Muar-ada-masalah-mental.jpg
Advertisement

MUAR, 3 OGOS: Seorang lelaki yang dipercayai bertindak menikam dirinya sendiri di sebuah rumah di Batu 4 1/4 Para Ponorogo dekat Muar, Sabtu lepas dan gambamya kemudian tular melalui media sosial, disahkan memiliki rekod masalah mental.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beliau difahamkan lelaki berusia 48 tahun itu juga tidak mengambil ubat sejak lima tahun lepas.

“Ketika kejadian, lelaki itu dipercayai mengalami sakit kepala kerana mendengar suara-suara dan sebagainya lalu mengambil pisau dan bertindak menikam dirinya sendiri,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau menambah lelaki itu kini stabil dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat ketika dihubungi pula berkata lelaki itu merupakan penganggur dan kejadian dipercayai berlaku di rumah saudaranya pada 3.25 petang.

Baru-baru ini tular melalui media sosial gambar seorang lelaki tidak berbaju terbaring dengan berlumuran darah di bahagian perutnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top