BM | EN | 中文

LELAKI TERSELAMAT KERETA TERBAKAR

kereta-terbakar-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya terbakar di Kilometer 104.7, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian, kira-kira 11pagi itu, mangsa yang berumur 40-an, berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecedaran.

Menurut Komander Operasi dari balai Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad Abdul Hamid, siasatan awal mendapati kebakaran berlaku ketika kereta jenis MG Midget itu masih sedang bergerak.

Advertisement

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.18 pagi dan seramai tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian beberapa minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta tersebut telah terbakar 90 peratus dan pihak bomba berjaya menamatkan operasi pada jam 11.49 pagi pada hari yang sama.

Ibnul Kasim berkata, punca serta anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top