BM | EN | 中文

Lelaki tempatan dalangi aktiviti pelacuran warga asing di Johor Bahru diburu polis

polis.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUL: Seorang lelaki tempatan dipercayai mendalangi aktiviti pelacuran melibatkan wanita warga asing di sebuah hotel butik di Tampoi, dekat sini, kini diburu polis.

Bernama memetik Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad sebagai berkata, ia susulan tangkapan 14 wanita warga asing di hotel berkenaan, pada 29 Jun.

“Pada serbuan pada pukul 8.30 malam itu, kita telah menahan seramai 13 orang wanita warganegara Vietnam dan seorang wanita warganegara Thailand, berusia antara 20 tahun dan 40 tahun.

Advertisement

“Kita turut merampas sejumlah kondom pelbagai jenama, 17 unit telefon bimbit dan wang sebanyak RM3,510 daripada semua wanita terbabit, dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.

Mohd Taib turut mendedahkan wanita-wanita berkenaan turut mengenakan bayaran sebanyak RM200 bagi setiap langganan.

“Aktiviti ini dikesan dijalankan oleh wanita-wanita terbabit melalui aplikasi WeChat, sejak awal bulan ini,” tambah beliau.

Advertisement

Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya.

Selain itu, kesemua mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39(B) Peraturan Peraturan Imigresen 1963, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya, serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1963, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top