BM | EN | 中文

Lelaki rugi RM1.2 juta akibat penipuan pelaburan

ayob-khan-polis-johor.jpg

Datuk Ayob Khan (Ganbar Ehsan FB Polis Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 APR: Seorang lelaki mengalami kerugian RM1.2 juta gara-gara ditipu rakan kongsi pemiagaannya yang memperdayakan mangsa untuk membuat pelaburan dalam sektor pelancongan dan hartanah di dalam dan luar negara.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mangsa berusia 52 itu dikatakan telah menyerahkan wang berkenaan kepada rakan perniagaannya berumur lingkungan 30-an yang dikenalinya di Kuala Lumpur pada tahun 2019, melalui beberapa transaksi sejak 2019 sehingga 2020

Mangsa dijanjikan pulangan dividen dan milikan saham sebuah syarikat sebanyak 23 3 peratus berserta modal perniagaan

Advertisement

“Dia juga dijanjikan akan mendapat keuntungan semula daripada modal yang dilaburkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Namun, mangsa mula menyedari ditipu apabila individu terbabit menghilangkan diri sebelumn membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya, di sini, pada Khamis (1 April).

Menurut Ayob Khan, setakat ini hanya mangsa yang diperdaya individu berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Justeru beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi terutamanya yang melibatkan transaksi kewangan

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top