BM | EN | 中文

LELAKI RENTUNG DALAM KEMALANGAN KERETA, LORI

kemalangan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 NOV : Seorang mangsa dipercayai lelaki yang identitinya masih tidak dapat dikenalpasti rentung selepas kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan bersama sebuah lori di Kilometer 137.5 Lebuhraya Plus Arah Utara, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pemandu lori, Shah Ramadhan Abd Kadir, 32 terselamat dalam kejadian berkenaan.

Menurut Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes berkenaan kira-kira jam 4.22 pagi.

Advertisement

Katanya, satu jentera bersama lapan anggota bersama bantuan daripada BBP Pagoh melibatkan satu jentera dengan kekuatan enam anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya PasukanTindakanKecemasan(PTK) di lokasikejadian, didapati benar berlaku kebakaran kenderaan jenis kenderaan serba guna (MPV) Toyota Vellfire akibat daripada kemalangan dengan sebuah lori Nissan

“Terdapat satu mangsa rentung telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada jam lebih kurang 6.59 pagi,” katanya lagi.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top