BM | EN | 中文

Lelaki patah kaki meja makan dirempuh kereta

kemalangan-kereta-01-scaled.jpg

Seorang lelaki patah kaki selepas sebuah kereta jenis Nissan Almera merempuh meja makan di hadapan 7-Eleven, Taman Desa Harmoni, awal pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JAN : Seorang lelaki patah kaki selepas sebuah kereta jenis Nissan Almera merempuh meja makannya dalam kejadian yang berlaku di hadapan 7-Eleven, Taman Desa Harmoni, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Sufian Mohd Lis berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada jam 4.57 pagi.

Katanya, seramai 8 anggota dengan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Almera yang melanggar seorang lelaki di meja makan.

“Mangsa mengalami kecederaan patah kaki kanan manakala pemandu kenderaan yang mengalami kecederaan ringan keluar sebelum kembali semula ke dalam kereta.

“Pemandu lelaki itu kemudian cuba bertindak menikam lehernya sendiri dengan pemutar skru sebelum dipujuk pihak bomba untuk keluar dan menyerahkan diri kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambah beliau, mangsa yang cedera diserah kepada pihak ambulan untuk tindakan seterusnya, manakala pemandu kereta diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top