BM | EN | 中文

Lelaki Orang Asli hilang ketika cari ketam di hutan paya bakau Sungai Boh, Gelang Patah

BOMBA-PENYELAMAT-1024x479.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JAN: Seorang lelaki Orang Asli Seletar dikhuatiri hilang ketika mencari ketam di kawasan hutan paya bakau Sungai Boh berhampiran muara laut di Gelang Patah, Iskandar Puteri, kelmarin.

Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Shamsul Khomari Bakar berkata Wangti Nad berusia lingkungan 40-an berasal dari Kampung Orang Asli Simpang Arang dilaporkan keluar mencari ketam pada pukul 7.00 pagi semalam, namun tidak pulang sehingga lewat petang.

Beliau berkata isteri Wangti yang bimbang apabila suaminya tidak pulang sehingga lewat petang telah memaklumkan penduduk kampung, yang kemudiannya berusaha mencari, namun mereka hanya menemui bot suaminya sekitar kawasan hutan itu.

Advertisement

“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.48 pagi ini dan lapan anggota dengan tiga jentera termasuk sebuah bot bergegas ke lokasi untuk mencari,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya operasi turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta penduduk kampung.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top