BM | EN | 中文

LELAKI OKU TERSELAMAT KEBAKARAN LIBAT DUA BUAH RUMAH

kebakaran-rumah-4.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV : Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terselamat dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah teres di Jalan Indah 4 Taman Indah Tampoi, pagi semalam.

Pegawai Operasi, Timbalan Penguasa Bomba 1 Mohd Suhaimi Abdul Jamal yang juga Ketua Balai Bomba Larkin berkata, lelaki OKU yang berada di dalam rumah berkenaan berjaya dikeluarkan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, pihak bomha menerima panggilan kejadian kebakaran itu pada jam 9.56 pagi.

Advertisement

Katanya, kebakaran rumah teres dua tingkat itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Toyota Unser terbakar 20 peratus.

“Seramai 13 anggota dua buah jentera dan sebuah kenderaan EMRS bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik sampai didapati benar berlaku kebakaran dua buah rumah teres dua tingkat.

“Kebakaran berlaku pada bahagian belakang bangunan yang mana telah mengakibatkan kemusnahan 40 peratus pada bangunan pertama dan 5 peratus pada bangunan kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki satu cabang pembahagi tiga pancutan air tangki pam jentera.

Jelasnya, punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 11.11 pagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top