BM | EN | 中文

Lelaki menyamar ‘polis’ samun warga asing dicekup

IMG-20200424-WA0001.jpg

Barangan yang dirampas dalam tangkapan tersebut

Advertisement

KOTA TINGGI, 24 APRIL : Seorang lelaki yang bertindak menyamar sebagai ‘polis’ berjaya ditahan selepas melakukan samun ke atas seorang warga asing, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kira-kira jam 7.20 malam, Response Team Covid-19 IPD Kota TInggi yang diketuai oleh Inspektor Nor Nazliyana telah membuat tangkapan ke atas lelaki tempatan berusia 25 tahun itu.

Katanya, tangkapan dilakukan di Jalan Kampung Kelantan, Kota Tinggi kerana suspek disyaki terlibat dalam kes samun dan menyamar polis terhadap seorang warga asing di Kampung Tembioh, Kota Tinggi.

Advertisement

“Semasa membuat tangkapan, suspek bertindak agresif dan membuat ugutan kepada pegawai polis. Semasa tangkapan, pihak polis telah merampas sebuah motosikal dan juga dua buah telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

“Suspek juga disiasat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 April 2020.

“Semakan mendapati suspek memiliki 10 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis METH,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top