BM | EN | 中文

Lelaki maut tersepit terlibat kemalangan

kemalangan-perling.jpg

Keadaan kereta Proton Wira yang terlibat dengan kemalangan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 FEB: Seorang lelaki maut selepas tersepit apabila kereta jenis Proton yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah Muhammad Aizam Jasman 21.

Kemalangan tersebut turut menyebabkan empat lagi penumpang kereta itu turut mengalami kecederaan iaitu Wan Ahmad Firdaus Wan Mohd Zulkifli, 20; Mohammad Shuib Baba, 22; Sofi Iskandar, 20 dan Mohd Izhar, 20.

Advertisement

Komander Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.42 pagi.

Katanya, satu jentera FRT, satu jentera EMRS dan dua jentera RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan seramai 11 orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas melanggar pembahagi jalan.

Advertisement

“Terdapat satu mangsa tersepit di dalam kereta tersebut dan dikeluarkan oleh pihak Bomba menggunakan peralatan RTA (Rescue Tools) dan disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

JohorKini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top