BM | EN | 中文

Lelaki maut terjatuh tingkat 12 kondominium dekat Stulang

Lelaki-maut-terjatuh-tingkat-12-kondominium-dekat-Stulang.jpg

Anggota bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 DIS : Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang Laut, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II Lasidin Nariano berkata, pihaknya menerima laporan bagi membantu pihak polis mengambil mangsa itu pada jam 2.14 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota dengan sebuah jentera serta sebuah kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan akibat terjatuh dari tingkat 12.

“Mangsa telah tersangkut pada slap bangunan pada tingkat 6. Mangsa kemudiannya dikeluarkan dari tingkat 6 melalui sebuah rumah kosong oleh pihak bomba dalam masa 45 minit,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak bomba kemudian menyerahkan mayat berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.08 pagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top