BM | EN | 中文

Lelaki maut terjatuh daripada tingkat dua kediamannya

IMG-20200214-WA0005.jpg

PONTIAN, 14 FEB: Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat dua kediamannya di Taman Laman Setia, di sini petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Pekan Nenas Pegawai Bomba Kanan II, Suboh Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan bantuan agensi lain melalui talian MERS 999 pada jam 1.39 berkenaan kejadian itu.

Katanya, ekoran itu sebuah jentera dengan kekuatan seramai enam orang anggota
telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian didapati bantuan diperlukan daripada pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengangkat satu mayat lelaki yang berada di halaman rumah.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan akibat terjatuh dari tingkat dua rumah.

“Pihak bomba bertindak mengangkat mayat mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenali sebagai Linus Yoong Chee Leong, 51, manakala operasi ditamatkan pada jam 2.26 petang.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top