BM | EN | 中文

Lelaki maut tercampak dari treler

treler.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 17 JAN: Seorang lelaki maut selepas tercampak dari treler dipandunya yang dipercayai  terbabas di Batu Anam – Kampung Paya Lebar, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa Muhammad Nur Shaiful Jalil, 32 disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Segamat di tempat kejadian dan diserahkan kepada Polis untuk tindakan selanjutnya

Menurut Pegawai Kanan Bomba II, Ibrahim Zakaria, kemalangan ini melibatkan lori treler yang membawa muatan buah kelapa sawit yang dipercayai terbabas kemudian terbalik.

Advertisement

Katanya, kemalangan ini menyebabkan pemandu treler tercampak keluar dari lori tersebut.

“Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 5.18 pagi dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat bersama enam anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 6.35 pagi,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top