BM | EN | 中文

Lelaki maut, motosikal ditunggang begesel dengan dua motosikal lain

kemalangan.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 29 JAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan dua motosikal lain di Kilometer 16.5J Lebuhraya LinKedua Arah Barat, di sini, malam tadi.

Che Mohammad Hafeezuddin Che Abas, 21 yang beralamat di Ladang Jernih Padang Kubu, Kemaman, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Mangsa yang pekerjaan masih belum diketahui juga dipercayai tidak memiliki lesen.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.41 malam itu, pihaknya dimaklumkan oleh pejabat pertanyaan Trafik Iskandar Puteri terdapat satu kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan jenis Yamaha.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila ketiga-tiga motosikal itu sedang dalam perjalanan dari arah Bukit Indah menghala ke Gelang Patah sebelum bergesel antara satu sama lain.

“Akibat pelanggaran itu, ia mengakibatkan  kesemua motosikal terbabas dan tercampak di atas jalan.

Advertisement

“Penunggang motosikal 21 tahun yang pada ketika itu memakai topi keledar mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan maut oleh pihak ambulans.

“Manakala, dua penunggang motosikal berusia 28 tahun dan 23 tahun mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penuggang yang gagal mengawal motosikal sehingga menyebabkannya bergesel dengan motosikal lain dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Advertisement

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top