BM | EN | 中文

Lelaki maut motosikal berkuasa tinggi ditunggang hilang kawalan terjunam bawah jambatan

motosikal.jpg

Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang hilang kawalan dan terjunam ke bawah jambatan, pagi tadi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JAN : Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang hilang kawalan dan terjunam ke bawah jambatan dalam kemalangan berlaku di Jalan Wira 9, Taman Tan Sri Yaacob, Skudai, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 5.53 pagi.

Katanya, sebuah jentera dan sebuah kenderaan EMRS dari BBP Larkin dengan kekuatan seramai sembilan orang anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki 250cc dipercayai telah hilang kawalan dan terjunam ke bawah jambatan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dikenali sebagai S Beniah Justin, 20 telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Pembantu Perubatan Hospital Sultanah Aminah.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 6.41 pagi,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top