BM | EN | 中文

LELAKI MAUT LORI BERTEMBUNG NAZA CITRA DI JALAN SUNGAI RENGIT

IMG-20191010-WA0000.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 10 OKT : Seorang Ielaki maut selepas lori dipandu hilang kawalan sebelum terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Naza Citra dalam kejadian di KM 11.5 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu menyebabkan mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Maliki, 47 maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, lori jenis Daihatsu itu dalam perjalanan menghala ke bandar Kota Tinggi.

Advertisement

“Lori berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan kereta Naza Citra yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 25 tahun.

“Lelaki berkenaan turut mengalami cedera parah dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala dua lagi penumpang lelaki warga Indonesia yang turut menaiki lori tersebut mengalami cedera parah dan menerima rawatan di HKT,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Tambahnya, punca kejadian masih disiasat dan kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Katanya, pihak polis mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan keselamatan dijalan raya.

“Sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat ketika memulakan perjalanan,”katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top