BM | EN | 中文

LELAKI MAUT LANGGAR TIANG LAMPU

kemalangan-pasir-gudang.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 21 SEPT: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Keluli 8 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.55 malam itu, mangsa, Basry Baki, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah, berkata siasatan awal menunjukkan mangsa dalam perjalanan dari tempat kerjanya menghala ke Taman Kota Masai sebelum terlibat dalam kemalangan.

Advertisement

“Motosikal yang ditunggang di percayai melanggar tiang lampu yang dalam keadaan condong dan melintang, sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjatuh ke dalam longkang.

“Mangsa mengalami kecedaraan parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut akan diteruskan.

Advertisement

Beliau turut menasihatkan pengguna jalanraya supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan gelap dan kurang pencahayaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top