BM | EN | 中文

LELAKI MAUT KERETA TERBABAS SEBELUM MELANGGAR LORI

maut.jpg
Advertisement

TANGKAK, 9 DIS : Seorang lelaki maut selepas Proton Iswara dipandu terbabas sebelum melanggar lori lima tan dalam kemalangan berlaku di Jalan Bekoh, Tangkak, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Faizal Abdul Aziz, 32 maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamt (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nizam Yom berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 pagi.

Advertisement

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari balai bantuan BBP Bukit Gambir turut membantu kerja-kerja menyelamat di tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dan sebuah lori Nissan 5 tan.

“Kereta dari arah Bekoh ke Bandar Tangkak telah terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan. Ekoran itu menyebabkan pemandu Proton Iswara tersepit.

Advertisement

“Pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori yang mengalami cedera dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

 

Advertisement

JohorKini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top