BM | EN | 中文

Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Jalan Kluang-Batu Pahat

Lelaki-maut-kereta-terbabas-langgar-pokok-jalan-Kluang-Batu-Pahat.png

Gambar Ehsan NST

Advertisement

KLUANG, 16 MAC: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Sri Lalang, Jalan Batu Pahat – Kluang, dekat sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian jam 6.02 pagi itu, kereta Perodua Bezza dipandu Zakarul Fazli Kamal, 38, gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar sebatang pokok.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di dalam kereta dan mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Advertisement

“Pihak Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat diserahkan kepada Polis untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor BH Online.

Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dihantar ke tempat kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 6.57 pagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top