BM | EN | 中文

LELAKI MAUT KERETA TERBABAS KE LALUAN BERTENTANGAN

accident-14.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 30 OKT : Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan berlaku di KM 33.5 Jalan Persekutuan Johor Bahru – Mersing berhampiran simpang tiga lampu isyarat Jalan Kulai, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Mastor Kadini @ Kadim, 51 dari Felda Bukit Aping Barat maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan terlibat, kereta jenis Mercedes Benz dinaiki pemandu lelaki berusia 51 tahun dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke arah Johor Bahru.

Advertisement

“Semasa sampai di tempat kejadian kereta berkenaan telah hilang kawalan lalu melanggar divider di tengah laluan.

“Ekoran itu menyebabkan kenderaan tersebut terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum datang sebuah lori yang dinaiki oleh pemandu bersama seorang kelindan dari arah Johor Bahru menghala ke arah Kota Tinggi gagal mengelak sebelum melanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta.

“Akibat dari pelanggaran tersebut kedua-dua mangsa pemandu dan kelindan lori mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT), manakala pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke HKT untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan keselamatan di jalan raya.

Katanya, sentiasa pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat ketika memulakan perjalanan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top