BM | EN | 中文

LELAKI MAUT, KERETA DIPANDU TERBABAS

polis-jenayah.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 10 NOV : Seorang lelaki berusia 24 tahun maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok batu pembahagi jalan, kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Kemalangan yang berlaku di Pasir Pelangi, di sini menghala ke bandaraya itu menyebabkan Foo Chor Lap meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dada.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Shahurinain Jais berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku pada apabila mangsa yang memandu kereta jenis Honda Civic dari arah Bakar Batu menghala ke Pusat Bandar.

“Setibanya di lokasi kemalangan, mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas serta melanggar tembok batu pembahagi jalan di situ.

“Akibat daripada pelanggaran kereta tersebut telah terbakar dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, laporan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

“Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top