JOHOR BAHRU, 24 OKT : Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas melanggar belakang sebuah treler yang ditinggalkan di tepi jalan dekat Jalan Desa Idaman 3/2, Taman Desa Idaman, Senai, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Lim Kok Hwei, 42 meninggal dunia dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Mohd Haitimi Ahmad berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian terus balai pada jam 4.31 pagi berkenaan kemalangan itu.
“Sebuah jentera dengan kekuatan anggota seramai enam orang bergegas ke tempat kejadian.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Proton Wira terbabas melanggar bahagian belakang treler yang ditinggalkan di tepi jalan.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 42 tahun dari kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.
JohorKini