BM | EN | 中文

LELAKI MAUT KEMALANGAN

gambar-ihsan-bomba.jpg

JOHOR BAHRU, 23 SEPT : Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 14, Jalan Johor Bahru-Air Hitam arah Skudai, pagi tadi.

Dalam kejadian, kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa dikenali Chong berusia 20an yang merupakan penumpang hadapan jenis Proton Iswara itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Manakala, empat rakan mangsa yang berusia 14 hingga 17 yang turut berada di dalam kereta itu termasuk pemandunya mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, hasil siasatan  mendapati,  kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh pemandunya bernama John berusia 17 tahun bersama empat penumpang lain.

“Mereka dari arah Johor Bahru menghala ke Skudai sampai di tempat kejadian di KM 14 Jalan Johor Bahru-Air Hitam (arah Skudai).

“Tiba- tiba kereta yang di pandu oleh John hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan dan melanggar sepohon pokok.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, manakala, penumpang lain yang mengalami kecederaan sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Kenderaan yang terlibat dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Taman Daya untuk pemeriksaan,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top