BM | EN | 中文

Lelaki maut kemalangan, kereta bertembung

tersepit.jpg

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 JAN : Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 34 Jalan Johor Bahru-Pontian, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan tersebut turut menyebabkan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pontian untuk mendapatkan rawatan.

“Pejabat pertanyaan trafik Iskandar Puteri dimaklumkan terdapat satu kemalangan maut melibatkan dua buah kenderaan jenis proton Gen2 dan Perodua Kancil di lokasi berkenaan kira-kira jam 10.19 malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Dzulkhairi berkata, siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Proton Gen2 yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Pekan Nenas menghala ke Johor Bahru telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kereta tersebut kemudiannya bertembung dengan Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki. Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu kenderaan Perodua Kancil telah tersepit di dalam motokar dan mengalami kecederaan parah telah disahkan maut di lokasi.

“Pemandu pemandu Proton Gen-2 pula yang turut mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Pontian oleh pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan,” katanya lagi.

Advertisement

Tambahnya lagi, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top