BM | EN | 中文

LELAKI MAUT KEMALANGAN

IMG-20191119-WA0014.jpg
Advertisement

 

KLUANG, 19 NOV : Seorang lelaki maut selepas terlibat dengan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Mersing, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang maut C Arithan, 28 yang memandu lori jenis Isuzu.

Advertisement

Manakala, seorang lagi lelaki tiada identiti ditemui yang merupakan kelindan lori Isuzu turut tercedera dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

Pemandu kereta Perodua Kancil iaitu Noraini Abdul Karim, 32 pula terselamat.

 

Advertisement

Pegawai Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Zulbahrine Talib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.24 pagi tadi.

Katanya, satu jentera bersama tujuh anggota berkejar ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

“Benar berlaku kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu lori Isuzu tiga Tan tiada muatan, lori 10 tan bermuatan pasir dan kereta Perodua Kancil.

Advertisement

“Lori 10 tan dan kereta Perodua Kancil dari arah Kluang ke Mersing, manakala lori Isuzu dari bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Zulbahrine berkata, dimaklumkan ketika kejadian lori 10 tan telah meletop tayarnya sebelum terbabas dan melanggar bahagian belakang kereta Perodua Kancil dan merempuh pula sebuah lori Isuzu.

“Terdapat seorang lelaki telah maut di tempat kejadian.

Advertisement

“Mangsa tidak tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya yang memberitahu operasi ditamatkan kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top