BM | EN | 中文

LELAKI MAUT JATUH BANGUNAN TINGKAT 16

logo-polis.jpg

JOHOR BAHRU, 18 DIS : Seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh tingkat 16 sebuah kondominium di Danga Bay, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, petugas di Balai Polis Danga Bay telah menerima panggilan telefon dari anggota pengurusan Bora Residence, kira-kira jam 6.45 petang.

“Panggilan itu menyatakan terjumpa satu lelaki (Kok Hing Wang) terbaring di depan bangunan yang disyaki telah meninggal dunia kerana terjun dari atas bangunan.

“Semasa dijumpai, mangsa memakai seluar pendek kelabu dan berbaju t-shirt putih serta tidak berkasut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Shahurinain berkata, siasatan dijalankan di bawah kes mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah untuk proses bedah siasat akan dijalankan,” katanya yang memberitahu siasatan mendapati lelaki itu ke situ untuk membersihkan homestaynya.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top