BM | EN | 中文

Lelaki maut dilanggar ketika tukar tayar dekat jalan Johor Bahru-Ayer Hitam

Maut-dilanggar-ketika-tukar-tayar.png

Gambar Ehsan FB The Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 JUL: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika kedua-duanya dipercayai sedang menukar tayar kereta di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (Arah Skudai), semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.15 pagi dengan kedua-duanya yang berusia 55 dan 40 tahun menaiki kereta Proton Waja dari arah bandar raya Johor Bahru menghala ke Skudai.

“Dipercayai tayar hadapan sebelah kanan kereta yang dipandu si mati pecah dan menyebabkan dia memberhentikan kenderaannya di lokasi kejadian iaitu di lorong tengah Galan sebelum menukar tayar dengan dibantu rakannya.

Advertisement

“Sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun yang melalui jalan tersebut kemudian tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta nnangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, si mati mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk rawatan lanjut.

Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga kedua-dua mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat lnspektor Ong Jing Siong di talian 011-16490168 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Mara di talian 07-5563122.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top