BM | EN | 中文

LELAKI MAUT DIHEMPAP POKOK KELAPA SAWIT

kelapa-sawit.jpg

 

BATU PAHAT, 20 NOV : Seorang lelaki maut dihempap pokok kelapa sawit setinggi 40 kaki ketika berteduh di bawah pokok berkenaan petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian yang berlaku di sebuah nurseri dekat Jalan Yong Peng Air Hitam itu pada jam 5.15 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja menyelamat mangsa.

“Sebaik sampai di lokasi terdapat seorang lelaki berbangsa India dikenali sebagai S Miniam, 65 didapati telah meninggal dunia akibat dihempap oleh sebatang pokok sawit setinggi 40 kaki.

“Ketika kejadian cuaca panas dan berangin perlahan. Difahamkan mangsa sedang berkerja mengangkat kereta sorong berteduh bawah pokok itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mangsa seorang diri ketika kejadian, manakala rakan lain berada jauh dari tempat tersebut.

Jelasnya, pihak bomba mengambil masa lebih kurang lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan bantuan jengkaut yang diuruskan oleh nurseri.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 5.57 petang,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top