BM | EN | 中文

LELAKI LEMPAR CAT KE DUA RUMAH IBADAT DITAHAN

rakaman-cctv-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 SEPT : Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai melempar cat ke dua rumah ibadat, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Shahurinain Jais berkata, suspek yang tidak bekerja dan berumur 30 an itu ditahan di Taman Daya, kira-kira jam 3.17 pagi.

“Pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki berumur 30an kerana terlibat didalam kes melempar cat merah ke dua buah rumah ibadat.

Advertisement
rakaman-cctv-2

Kereta Honda Accord yang digunakan suspek turut dirampas polis

“Kita juga berjaya merampas sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna hitam dan sehelai t-shirt merah kelabu yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah tersebut bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahurinain berkata, hasil dari kejayaan tangkapan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan dua kes kegiatan melempar cat merah ke Rumah Ibadat yang dilaporkan sebelum ini di Taman Daya.

“Ia melibatkan Masjid As Sobirin pada 1 Januari lepas dan Surau Al Hidayah yang dilaporkan pada 15 September lalu,” katanya.

Advertisement

Ujarnya lagi, tangkapan mempunyai rekod sebagai pesakit Psikiatri di Hospital Permai dan ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Meth.

“Semakan rekod jenayah lampau, suspek mempunyai satu kes yang disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dua tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Advertisement

“Pihak polis menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang tindakan provokasi atau seumpamanya keatas mana-mana tempat atau rumah ibadat yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni di dalam masyarakat berbilang pegangan agama,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top