BM | EN | 中文

LELAKI LEMAS DI SUNGAI MAWAI LAMA BUKIT MANGSA BANJIR 

IMG-20191210-WA0003.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 10 DIS : Seorang lelaki berusia 46 tahun yang disahkan meninggal dunia dipercayai lemas di Sungai Mawai Lama, di sini semalam bukan salah seorang penduduk yang terlibat dalam proses pemindahan akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah memberitahu, polis sebaliknya mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

“Mangsa ditemui pada pukul 7.45 malam di kawasan jeti tempat bot mangsa ditempatkan.

Advertisement

“Kematian mangsa diklasifikasi sebagai mati mengejut dan orang ramai diingatkan untuk tidak membuat spekulasi bagi menghormati keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa dipercayai lemas setelah terjatuh daripada jeti berkenaan.

Advertisement

“Pihak bomba membantu membawa mangsa ke balai polis kerana laluan telah dinaiki air. Mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top