BM | EN | 中文

LELAKI DITUDUH BUNUH, CUBA SETUBUHI MAYAT

af41f416-23ab-4be8-baa1-76f4b2d103cb.transformed_0.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 SEPT: Akibat cinta tidak dibalas, seorang lelaki warganera Malaysia dipercayai membunuh wanita malang tersebut sebelum cuba hubungan seks bersama mayat mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku di Singapura tersebut, suspek yang berusia 51 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, cubaan menyetubuhi mayat serta melarikan barangan berharga milik mangsa ketika dihadapkan ke mahkamah, Rabu lalu, lapor Berita Harian.

Timbalan Pendakwaraya, Wong Kok Weng berkata, mangsa yang dikenali sebagai Zhang Huaxiang, warganegara China yang berusia 28 tahun, bukan sahaja tidak membalas cinta suspek, malah tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan intim bersama lelaki tersebut.

Advertisement

Menurut kronologi kes, suspek yang mengintip pergerakan mangsa turut memarahi mangsa beberapa hari sebelum itu akibat cemburu kerana Zhang memilih untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Selang beberapa hari kemudian, suspek dan mangsa makan bersama di rumah pangsa yang disewa lelaki itu pada 21 Mac 2016, dimana tertuduh didakwa menjerut leher mangsa menggunakan tuala mandi setelah gagal mengadakan hubungan seks dengan mangsa.

Suspek turut didakwa bertindak membogelkan mangsa, merakam foto dan cuba melakukan hubungan seks tetapi gagal, dipercayai kerana tidak berupaya mengekalkan ereksi.

Advertisement

Suspek bertindak melarikan diri ke Malaysia dengan meninggalkan mayat mangsa di atas katil milik tertuduh sebelum ditemui tuan rumah pada 22 Mac yang melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa pada 4 April tahun yang sama dan dibawa pulang ke Singapura.

Jika didapati bersalah, suspek berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup, namun tidak boleh menjalani hukuman sebatan kerana sudah berusia melebihi 50 tahun.

Advertisement

 

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top